Keputusan untuk beli atau sewa rumah merupakan soalan besar yang memberi dilema kepada semua kalangan individu di Malaysia. Kebanyakkan orang biasanya mula dengan sewa rumah dulu sebab baru kerja. Tapi semua orang pasti akan tibanya satu masa dalam hidup bila dia mula tanya diri sendiri:
“ Lebih baik saya beli rumah daripada membayar sewa beribu-ribu ringgit setiap bulan”
Atau
“ Hidup macam tak cukup lengkap tanpa rumah sendiri.”
Tapi, harga hartanah yang semakin hari semakin melambung tinggi dan wabak Covid-19 yang sedang melanda menjadi satu lagi alasan untuk orang ramai menangguhkan hasrat memiliki rumah sendiri.
Baru-baru ini Malaysia telah buka sempadan dan memulihkan penerbangan, berita juga telah melaporkan pelancongan Malaysia melambung tinggi pada awal bulan May. Boleh dijangka, ekonomi Malaysia akan terus berada pada landasan pemulihan sejajar dengan pertumbuhan global yang terus berkembang.
Oleh itu, dalam artikel ini, kami akan ringkaskan kebaikan dan keburukkan membeli atau menyewa rumah.
Mengapa menyewa rumah?
1, Sewa rumah lebih murah
Bagi kebanyakkan orang yang baru memasuki alam pekerjaan, mungkin sukar untuk dapat gaji yang cukup tinggi untuk membayar semua keperluan, apatah lagi membeli rumah. Jadi, menyewa rumah adalah lebih baik daripada membeli rumah terus.
2. Tidak ingin terikat dengan satu tempat
Jika menyewa rumah, anda bebas untuk berpindah lepas akhir tempoh perjanjian sewa. Kalau beli, anda akan kurang fleksibiliti sebab hal-hal lain, seperti terpaksa berpindah randah sebab kerja dan kejiranan yang tidak baik.
3. Karier tidak stabil lagi
Bagi pekerja yang bukan tetap tapi kontrak, agak mustahilnya bank akan meluluskan pinjaman perumahan memandangkan anda adalah pekerja kontrak. Pekerja yang tiada kenderaan lagi juga amat digalakkan untuk menyewa rumah di kawasan dekat dengan tempat kerja atau tempat stesen pengangkutan awam.
4. Ada matlamat yang lain
Semua orang pastinya ada matlamat atau benda yang ingin buat, kebanyakkan matlamatnya akan memerlukan duit. Anda boleh memberi laluan kepada matlamat tersebut sekiranya dia lebih penting berbanding dengan membeli rumah.
Mengapa beli rumah terus?
1. Banyak insentif daripada kerajaan
Untuk membantu oembeli rumah pertama, kerajaan ada memberikan banyak bantuan dari segi pengculian duti setem, yuran SPA dan down payment 10% kepada mereka melalui:
– Skim Perumahan Belia BSN MyHome
– Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama (MyDeposit)
– Dana Rumah Mampu Milik Bank Negara Malaysia
2. Boleh beli dan sewa
Beli rumah bukannya nak bagi semua jumlah dalam sekali gus. Anda boleh membayar bayaran bulanan dengan sewa rumah tersebut kepada orang lain.
Contohnya: untuk rumah berharga RM 500,000 anda kena bayar bulanan lebih kurangnya ialah sebanyak RM 2500. Awak boleh sewa runmah tersebut dengan harga RM 1500 sampai RM 2500 untuk mengurangkan beban sendiri.
Berikutnya ialah langkah-langkah yang bijak:
i) Sewa rumah yang nak diduduki. Dalam kes ini anda hanya perlu bayar RM1500 untuk nikmati rumah yang sama berbanding bayaran bulanan RM2500 sebulan.
ii) Beli rumah yang sewanya tinggi. Dengan kelayakan pinjaman RM2500, beli beberapa buah rumah yang lebih murah dengan kadar sewa yang tinggi.
iii) Kalau boleh sewa tersebut dapat tanggung atau melebihi bayaran bulanan. Contohnya anda beli 3 buah pangsapuri dengan profil kewangan berikut:
Bayaran bulanan = RM2400 (RM800 x 3 buah)
Sewa bulanan = RM2700 (RM900 x buah)
Kalau sewa melebihi bayaran bulanan, anda bukan sahaja dapat offset bayaran bulanan, bahkan menjana pendapatan ekstra RM300 (RM2700 – RM2400)
iv) Di mata bank, profil anda sangat baik. Dengan profil kewangan ini ulang langkah 2 dan 3. Anda boleh terus buat belian rumah.
3. Banyak insentif daripada pemaju
Disebabkan wabak dan kejatuhan ekonomi, banyak pemaju perumahan telah menyerdiakan pelbagai pakej menarik seperti diskaun, rebat, kos yuran guaman percuma serta duti setem yang akan dibayar oleh pemaju.
Penganalisis ekonomi memanggil situasi ini sebagai pasaran untuk pembeli (buyer’s market) disebabkan majoriti pemaju sedang berlumba-lumba menawarkan rebat, diskaun, insentid ‘zero-entry’ dan sebagainya untuk mencari pembeli.
4. Lebih berbaloi berbanding sewa
Walaupun sewa rumah cuma perlu membayar duit yang rendah setiap bulan, tapi pembayarannya akan jadi semakin tinggi mengikuti masa seperti sewa ditingkatkan dan masa yang anda tinggal.
Soalan yang anda perlu tanya diri sendiri sebelum beli atau sewa rumah.
1. Adakah anda mempunyai wang yang mencukupi?
Ini merupakan perkara yang amat realistik, anda perlu mempunyai wang yang cukup untuk bayar 10% bayaran pendahuluan membeli rumah. Itu pun kalau bank meluluskan pinjaman sebanyak 90% kepada anda.
2. Adakah anda hendak terikat dengan komitmen sepanjang beberapa hingga berpuluh-puluh tahun?
Tempoh pinjaman untuk pinjaman rumah selalunya amat lama disebabkan jumlah pinjaman yang tinggi. Anda perlu pandai mengira dan berdisplin untuk tempoh yang lama agar dapat membayar ansuran bulanan.
Selain itu, anda juga perlu menyediakan dana kecemasan supaya dapat menghadapi masalah kecemasan yang tidak diduga pada masa hadapan seperti sakit tenat dan hilang kerja.
3. Adakah anda bercadang untuk tinggal di sana dengan jangka yang lama?
Anda perlu mengenapastikan bahawa anda ingin tinggal di sana tak, sebab apa yang dikatakan di atas, kita boleh dapat banyak insentif daripada kerajaan semasa membeli rumah pertama. Ini juga mungkin kali terakhir untuk orang yang tak bergaji tinggi untuk dapatkan rumah idamannya.
4. Apakah keperluan dan pilihan gaya hidup anda?
Mengetahui keperluuan dan gaya hidup anda juga amat penting dalam pilihan menyewa atau membeli rumah.
Walaupun ini mungkin kelihatan tidak berapa penting pada masa awalnya, tapi perkara ini memainkan peranan yang penting pada masa hadapan anda.
Contohnya, anda seorang yang tidak suka terikat di satu tempat, beli rumah mungkin menyebabkan anda menhadapi banyak halangan. Kalau anda seorang yang suka reka bentuk kediaman dengan imoian untuk mewujudkan kediaman yang sempurna, maka membeki rumah anda sendiri pastilah idea yang lebih baik berbanding dengan menyewa rumah.