Membeli rumah merupakan antara peristiwa yang amat penting dalam hidup seseorang, pelaburan besar yang dilakukan menyebabkan ramai orang terutamanya ank-anak muda mengeluh kerana merasakan memiliki rumah sendiri ialah sesuatu yang sangat sukar dicapai. Walaupun wabak Covid-19 yang sedang melanda dan ekonomi yang sedang merosot menangguhkan hasrat orang ramai untuk membeli rumah, namun, masih ramai orang yang sedang menyewa sambil menyimpan wang dengan harapan dapat membeli rumah idaman suatu hari nanti.
Tapi, sebenarnya ada sesetengah orang yang lebih suka menyewa berbanding dengan membeli rumah kerana menyewa memberikan mereka fleksibiliti untuk berpindah dan tidak payah terikat dalam satu tempat.
Tak kira apapun alasannya yang anda ada, senarai semak yang dikemaskinikan di bawah pastinya boleh memberikan bantuan dalam pemilihan rumah sewa:
1. Perkara yang anda perlu tahu sebelum memilih lokasi rumah sewa.
Antara perkara pertama yang perlu anda pertimbangkan adalah adakah kawasan tersebut berbaloi untuk menyewa atau tidak. Bagi pekerja, kawasan kediamanya sepatutunya dekat atau tidak jauh dari tempat kerja. Jika penyewa ialah seorang pelajar, anda patut tinggal berhamoiran dengan kampus anda. Ini merupakan satu pertimabangan yang amat perktikal untuk menjimatkan masa dan kos beulang-alik.
Periksa kawasan pilahan anda dan buat kajian dengan bertanya dengan rakan dan kenalan anda. Bukan ini sahaja, anda juga boleh membuat carianb dalam talian, contohnya d shlproperty.com. Untuk pelajar atau pekerja yang tiada pengangkutan sendiri, pengangkutan awam merupakan salah satu perkara yang perlu dipertimbangkan. Adakah mudah untuk mendapatkan pengangkutan awam seperti LRT, MRT, Monorel dan bas? Adakah wujudnya kemudahan-kemudahan berhampiran yang boleh sampai dengan berjalan kaki? Adakah wujud kedai-kedai untuk membeli barangan dapur, mendobi baju dan sebagainya?
Fakta lain yang perlu ditimbangkan adalah jarak antara lokasi rumah sewa dan lebuhraya. Kalau anda lebiih suka tinggal di kawasan yang sunyi-sepi, anda boleh pilih satu lokasi yang berjarak daripada lebuhraya dan jalan besar. Tetapi, tinggal di kawasan dekat dengan lebuhraya dan jalan besar pastilah lebih mudah untuk sampai ke destinasi bagi orang yang mempunyai kenderaan.
2. Perkara yang andal perlu buat dan tanya semasa mengunjungi unit sewaan.
Anda perlu mengunjungi unit yang anda pilih sebelum membuat keputusan untuk menyewa. Pilihan rumah sewa ada banyak, tapi bukan semuanya sesuai dengan anda. Jika anda tidak tahan dengan panas, anda boleh pergi pada waktu petang atau guna kompas aplikasi yang ada dalam telefon pintar untuk memastikan tingkap-tingkap unit tersebut tidak menghadap matahari petang. Jika anda jenis yang mudah terjaga, anda boleh mengunjungi unit tersebut pada waktu malam dan lihat sama ada jiran sekeliling anda bising atau tidak.
Jika ingin menyewa unit yang mempunyai kemudahan seperti gym, kolam renang, pusat penjagaan kanak-kanak atau lot letak kereta, anda perlu periksa dahulu sebelum menandatangani perjanjian sewa. Jika tiada kenderaan, baik anda bertimbangkan waktu anda berulang-alik dan tambang waktu kemucak jerana banyak orang sekarang tidak memiliki kereta dan bergantung sepenuhnya pada Grab atau Mycar untuk ke temoat kerja. Isu tambang mungkin akan menjadi sesuatu yang membuatkan anda tawar hati untuk menywa di sesuatu kawasan jika tidak timbangkan dahulu.
3. Perhatikan kawasan persekitaran dan kejiranan.
Perhatikan sama ada kawasan sewwa rumah itu selamat, terutamanya pada waktu malam. Adakah laluan dan jalan rayanya diterangi lampu? Ini amat penting terutamanya kepada wanita yang menggunakan pengangkutan awam dan bejalan pulang seorang diri pada waktu malam.
Anda juga patut pertimbangkan perkara lain yang penting bagi anda. Contohnya kebersihan sekitar dan mengunjungi kemudahan berhampiran seperti kedai barangan runcit, kedai dobi, kafe, restoran dan pasaraya besar bagi mengalami sendiri bagaimana membeli-belah atau keluar makan di kejiranan tersebut pada hari-hari tertentu. Jangan nanti dikejutkan oleh kesesakan orang ramai dan lulu lintas yang tak dijangka pada hujung minggu.
4. Kaji tawaran sewa rumah dahulu sebelum menandatangani perjanjian sewa.
Banyak kajian yanhg perlu dilakukan sebelum menyewa rumah, anda patut mengaji sewa bulanan yang munasabah dengan bertanya kenalan yang tinggal di kawasan itu dan menyemak harga sewa rumah ini dengan rumah yang berhampiran di laman web sebelum membuat keputusan.
Selain itu, bayaran selain sewa bulanan juga merupakan soalan yang perlu anda tanya. Adakah anda perlu membayar bil elektik dan bil air berasingan? Jika mempunyai kereta, adakah perlunya membayar sewa bulanan untuk tempat letak kereta? Semasa menandatangani perjanjian, anda juga perlu perhatikan peratus bayaran duti setem.
Di Malaysia, duti setem untuk perjanjian sewa adalah seperti berikut:
Duti bagi setiap RM250 bagi sewa yang melebihi RM2,400 (tahunan):
- Kurang dari 1 tahun: RM1
- Antara 1-3 tahun: RM2
- Melebihi 3 tahun: RM3
Katakan anda menyewa satu unit dengan bayaran RM2,500 sebulan yang mana jumlah tahunannya adalah RM30,000, duti setem bagi tempoh sewaan satu tahun adalah:
(Yutan tahunan – RM2,400) / 250 X RM1
= (RM30,000 – RM2,400) / RM250 X 1
= RM220.20
5. Tanya tentang pembaikan rumah
Tanya tuan rumah, jika barang-barang seperti peralatan elektrik dan paip air tidak berfungsi, adakah tuan rumah akan membaikinya? Bolehkah tuan rumah menyenaraikan pembaikan yang akan ditanggung olehnya? Hal ini penting terutama sekali jika bangunan sudah lama kerana pembaikan paip-paip, lekapan dan peralatan lama menelan belanja yang tinggi. Kalau boleh, senaraikan dengan jelas kewajipan tuan rumah dalam perjanjian sewa.